Friday, August 03, 2012

Keje Gile

3rd August 2012
Gadis BerBaju Kurung & BerSelipar Memanjat Bukit & "Jungle Trekking" sejam sebelum BerBuka Puasa

Puchong,
seorang gadis kental telah mengejutkan penduduk setempat dengan memakai baju kurung dan berselipar ketika memanjat bukit dan 'jungle trekking' di salah sebuah bukit di sini, semalam. ketika ditemui, beliau hanya tersenyum dan memberitahu pihak media bahawa beliau adalah seorang yang sukakan cabaran.
gadis berusia 27 tahun ini mengaku 5 minit pertama memang agak mencabar dan memenatkan. tetapi apabila pemandangan indah sudah terbentang luas di hadapan mata, beliau menggagahkan diri untuk meneruskan pendakian.
walaupun terasa letih, tapi bagi beliau itu bukan penghalang untuk menghayati keindahan alam. perjalanan diteruskan dari jam 630petang ke 715petang. katanya lagi, beliau terpaksa berpatah balik kerana waktu berbuka puasa sudah hampir dan agak khuatir dengan keadaaan hutan yang semakin gelap dan penduduk tempatan juga mula berkurangan.
hasrat beliau untuk kembali lagi untuk meneruskan misi pendakian dengan memakai pakaian yang sesuai dan bukan di bulan Ramadhan. beliau yakin akan berjaya menerokai hutan tersebut suatu hari nanti.

Dilaporkan oleh Mrs Azs


kata Mrs Azs : Amacam? skali skala wat keje gile cmni pon menarik jugak, kn?

UPDATE : ohhh mase ni panjat dgn Falique...

No comments:

Post a Comment